Monday, September 20, 2010

Raya Tahun Ini

Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

Kebelakangan ini setiap kali raya membuka mata tentang perubahan. Seperti tahun-tahun sebelum ini, aktiviti utama adalah melayan tetamu dan menjadi tetamu. Selain mengerat silaturrahim dan jamuan kuih, menu cerita dan berita dari seluruh pelusuk negara adalah yang paling memberi kepuasan. Bukan calang-calang; berita ‘first hand’ dari pengalaman sendiri.

Masing-masing bertugas di merata pelusuk negara. Hari raya peluang sepupu-sepapat menggilir berkongsi pengalaman. Ada pasangan guru dan komando di Sungai Udang (Melaka), tentera di Sarawak, ahli politik ‘part time’ di Kuala Nerang, usahawan Shah Alam, ketua jaga di Aloq Staq, dua tiga guru lagi di Sabak Bernam, Jitra, Putrajaya, Gurun. Tidak kurang juga cikgu pencen, kakitangan kerajaan, penganggur, peladang cili, loyar, dan ahli MLM berjaya. Kuih tak disentuh, cuma air sahaja yang diteguk bila tekak dah kering. 

Kalau ada yang rajin mencatat, mungkin, setiap keluarga boleh keluarkan buku “Kisah-kisah dari Raya 2010”.

Ahli politik dengan ceritanya yang biasa, sambil tangan dan jari menunjuk ke atas, kiri kanan; hampir tertojoh orang sebelah. Si penganggur tak banyak cakap, hanya jadi tukang tuang air. Ahli MLM tak habis-habis dengan kisah kejayaan; tak bersegan-silu mendedahkan jumlah pendapatan bulanan. Kalau dulu-dulu orang perempuan kerja tak sudah di dapur, hanya dengar suara bila menghantar hidangan. Kini mereka jadi tukang cerita utama, si suami pula yang di dapur membuat air.

Berita dari guru-guru paling mengejutkan. Kes ponteng, hisap rokok, cabul kehormatan, rogol dan tumbuk cikgu nampaknya topik yang sama dari banyak sekolah. Kalau zaman dulu-dulu, ini mungkin keadaan di sekolah menengah, tetapi sekarang dah jadi kebiasaan di sekolah rendah. Kalau dahulu pelajar-pelajar nakal mewarisi dari ‘senior’ sekolah atau jaguh kampung, tetapi kini banyak dicontohi dari tv dan internet. Dahulu sekolah akan membuang pelajar bermasalah sebagai penyelesaian. Banyak kali tindakan ini membuahkan hasil. Tetapi sekarang, guru-guru sekolah hanya pasrah, pelajar bermasalah disiplin tetap mengalir masuk. Mentor pelajar-pelajar ini tidak lain adalah internet dan tv.

Keadaan telah berubah. Semua orang tentu sedang merasainya. Dunia tanpa sempadan nampaknya boleh digapai oleh anak-anak kecil kita. 

Tuesday, December 22, 2009

Menyanggah Tulang Besi

Saya berkongsi rumah bersama Tulang Besi (http://www.malaysiawaves.com/) beberapa ketika semasa beliau belajar di Kansas City. Walaupun banyak tindakan beliau sekarang mahupun dahulu jauh terkehadapan daripada pemahaman saya, banyak jasa beliau pada saya yang tidak dapat saya lupakan.

Monday, December 21, 2009

Enjin Jet RMAF yang Hilang

Enjin J85-21A untuk pesawat F-5E Tiger fighter telah hilang daripada gudang RMAF, Sungai Besi; seperti dilaporkan oleh akhbar-akhbar.





Kita mungkin boleh memberi "benefit of the doubt" tentang kelewatan perkara ini terdedah kepada umum. Mungkin RMAF cuba menyelesaikan isu ini secara dalaman, cuba mencari di dalam mana-mana almari atau masih menyiasat.